SEJARAH SEKOLAH

Mula dibina pada penghujung tahun 1954.
  MerupakanSekolah Inggeris Yang pertama di Daerah Yan .
Langkasuka dipilih kerana Kerajaan Langkasuka telah wujud di Negeri Kedah.
Menurut Ahli sejarah ' Langkasuka ialah nama asal kerajaan Negeri Kedah.
Buktinya terdapat dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang tertulis pada zaman  Sultan Mu'azzam Shah.
Oleh Itu nama Langkasuka terus kekal hingga sekarang. Asalnya tapak sekolah ini yang seluas 10 ekar adalah kebun kelapa milik kerajaan .Dibina atas sebab ketiadaan sekolah Inggeris di Daerah Yan. Antara orang yang terlibat dalam perundingan yg membawa kepada penubuhan sekolah ialah Tuan Hj Nyak Gam, Tuan Hj Jamaluddin  Bin Hj Ahmad.